:: LATARBELAKANG ::





LATARBELAKANG KRAFTANGAN MALAYSIA
Kraftangan Malaysia telah  ditubuhkan di bawah Akta 222, Akta Perbadanan  Kemajuan Kraftangan  Malaysia pada tahun1979.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia  kini berada di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan yang dipimpin oleh Y.B Menteri Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.
1970 – 1973                   -  PKPTM - Pusat Kemajuan Pertukangan  Tangan Malaysia
1974 – 1981                   -  LKM - Lembaga Kraftangan Malaysia
1982 – sehingga kini       - PKKM - Perbadanan Kemajuan  Kraftangan Malaysia
LATARBELAKANG KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN KEDAH

Kraftangan Malaysia Cawangan Kedah telah memulakan operasi pada tahun 1978 bertempat di bengkel MADA, Pekan Kepala Batas. Pada tahun 1987 pejabat PKKM Cawangan Kedah telah berpindah ke Taman Uda, Alor Setar. Pada tahun 1990, PKKM mempunyai bangunannya sendiri bertempat di Mukim Bukit Pinang, Daerah Kota Setar yang terletak di Lot 1416, KM.10, Jalan Hutan Kampong, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.

Keluasan premis PKKM Cawangan Kedah ialah 6.3 ekar terdiri daripada blok bangunan pejabat  dan 7 buah bengkel .PKKM Cawangan Kedah telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman. pada 22 November 1990 bersamaan 5 Jamadilawal 1411.

LAYOUT CAWANGAN KEDAH