Tuesday, June 30, 2015

PERJUMPAAN KAKITANGAN CAWANGAN KEDAH

Perjumpaan kakitangan telah diadakan pada 01 Jun 2015 di Bilik Mesyuarat PKKM Cawangan Kedah. Disamping itu Pengarah telah memperkenalkan kakitangan baru iaitu :

1) Encik Mohamed Hasnul Hazri bin Zakaria - E 41

2) Md. Kamal Shazni bin Dali - E 17

Selamat datang kepada kakitangan baru, semoga dapat menjalankan tugas yang dipertanggungjawab dengan amanah dan jujur.





Saturday, June 27, 2015

PROGRAM TANWEER RAMADHAN 2015 ANJURAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN


Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah menganjurkan Program Tanweer Ramadhan 2015 bertemakan " Rahmatmu Dicari, Ampunmu Didamba, Syurgamu Dinikmati" yang bertujuan memberi pencerahan serta penghayatan ibadah puasa bagi mencapai kesempurnaan di samping mengimarahkan pengisian di bulan ramadhan. Program kerohanian ini merupakan program yang dirangka dalam bentuk perkongsian ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. program ini berlangsung selama 4 hari dari 22 - 25 jun 2015 bertempat di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman dan telah dihadiri oleh semua anggota kerja kerajaan seluruh negeri Kedah Darul Aman.

Penceramah jemputan untuk program ini ialah :

1) 22 Jun 2015 - Ustaz Sharhan bin Shafie ceramah  bertajuk "Mendidik Rohani dan Jasmani di Bulan Ramadhan"

2) 23 Jun 2015 - Ustaz Mohd Elyas bin Ismail ceramah bertajuk "Ramadhan Hadiah Dari Allah"

3) 24 Jun 2015 - Datuk Ustaz Kazim Elias Al - Hafiz ceramah bertajuk " Berlapar dan Menangis Itu Satu Nikmat"

4) 25 Jun 2015 - Ustaz Haslin bin Baharin ceramah bertajuk " Puasa Untuk Mencapai Darjat Takwa"










Saturday, June 13, 2015

MINGGU PKS PERINGKAT NEGERI KEDAH 2015


Karnival "Minggu PKS 2015" Peringkat Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada 05-07 Jun 2015 bertempat di AEON BIG Alor Setar. Majlis Perasmian telah diadakan pada 05 Jun 2015 yang disempurnakan oleh Dato' Seri Haji Mukhriz b. Tun Dr. Mahathir, Menteri Besar Kedah. Seramai 15 usahawan telah terlibat didalam karnival ini dan beberapa aktiviti telah dijalankan termasuk pendidikan kraf terbuka kepada orang ramai.