Tuesday, August 7, 2012

CERAMAH AGAMA : NUZUL AL-QURAN - 6 OGOS 2012

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Sempena menghayati peristiwa Nuzul Al-quran, Kraftangan Cawangan Kedah telah mengadakan satu ceramah agama yang disampaikan oleh Tuan Sheikh Hazizan bin Mat Desa,Ketua Penolong Pengarah,Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Kedah. Dihadiri oleh semua anggota kerja Cawangan Kedah dan peserta inkubator.
Bersama kita berdoa agar dengan keberkatan Nuzul al-Quran yang terjadi di bulan Ramadan yang agung ini, Allah SWT akan menyatukan hati kita semua, bagi menjaga dan memperkasa Agenda Islam sebagai wadah ‘islah’ dan transformasi negara Malaysia yang tercinta ini.