Saturday, April 19, 2014

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2014 JITRA MALL, JITRA


Kursus (In-House Programme) Peringkat Cawangan Kedah Tahun 2014

PKKM Cawangan Kedah telah mengadakan kursus (In-House Programme) yang bertajuk "Stress Management + Bagaimana Mencapai Kejayaan Luar Biasa + Terapi Seft yang dikendalikan oleh Dr. Haji Shuib bin Mustafa, CR, BKM dari SMZTMS yang berpejabat di Bandar Darulaman, Jitra pada 17 April 2014 di Bilik Seminar PKKM Cawangan Kedah.

Kursus tersebut dihadiri oleh kakitangan PKKM Cawangan Kedah, 5 orang kakitangan daripada Kompleks Kraf Langkawi, 5 orang kakitangan dari PKKM Cawangan Perlis dan 4 orang kakitangan daripada PKKM Cawangan Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kursus berlangsung. Semoga kursus tersebut dapat memberi manafaat kepada kita dalam menjalankan tugas harian. Terima kasih kepada penceramah dan kakitangan kerana telah menjayakan  kursus tersebut. 











Sunday, April 6, 2014

MESYUARAT PROJEK ADOC (TOURISM CLUSTER)

Program Usahawan Negeri Kedah bersama dengan ITU-UUM ASP CoE For Rural ICT Development bagi projek ADOC (Tourism Cluster) pada 17 Mac 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kedah.






Tuesday, February 25, 2014

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL

 MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL BERSAMA USAHAWAN KEDAH
               TARIKH          : 17 FEBRUARI 2014
               MASA             : 10.00 PAGI
              TEMPAT           : BILIK SEMINAR PKKM CAWANGAN KEDAH




Wednesday, February 12, 2014

SALAM TAKZIAH KEMBALINYA KE RAHMATULLAH PENGARAH BAHAGIAN PASARAN DAN PROMOSI


Kami Warga Kerja PKKM Cawangan Kedah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarharmah Puan Faezah bt. Ab. Aziz, Pengarah Bahagian Pasaran dan Promosi Ibu Pejabat yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 12 Februari 2014. Semoga Allahyarharmah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Bersama-samalah kita sedekahkan al-fatihah keatas rohnya dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat hendaknya. Al-fatihah.

Wednesday, January 15, 2014

LAWATAN YB. MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

Lawatan YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Ke Bengkel Wayang Kulit Seri Asun, usahawan Negeri Kedah pada 14 Januari 2014, yang diiringi oleh Yang Berbahagia Dato' Mohd Kamil bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
 









Saturday, January 4, 2014

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014



KAMI WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN KEDAH MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2014 KEPADA SEMUA KAKITANGAN PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN, USAHAWAN  DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA. SEMOGA TAHUN 2014 AKAN MENJADI LEBIH CEMERLANG KEPADA KITA SEMUA DIDALAM PEKERJAAN, DUNIA DAN AKHIRAT.

Sunday, November 10, 2013

Majlis Perpisahan En. Faizul Azha dan Puan Nor Khatijah


Ada yang awal, adalah yang akhir. Ada yang datang dan ada pula yang pergi. Begitulah fitrah dan lumrah kehidupan manusia. Begitu juga dengan kakitangan PKKM Cawangan Kedah dimana En. Faizul Azha yang akan bertukar ke PKKM Cawangan Kelantan manakala Puan Nor Khatijah akan bertukar ke PKKM Cawangan Perak yang berkuatkuasa pada 01 November 2013.

PKKM Cawangan Kedah telah mengadakan satu majlis perpisahan yang telah diadakan pada 20 Oktober 2013. Kakitangan dan keluarga bergotong royong mengadakan'BBQ' pada malam tersebut.

Kehilangan dua orang kakitangan ini amat terasa kerana En.Faizul dan Puan Nor Khatijah adalah kakitangan yang bertanggungjawab dan berdedikasi, namun apakan daya demi tugas dan tanggungjawab, berpisah juga kita akhirnya. Kami di PKKM Cawangan Kedah memohon maaf jika ada terkasar bahasa semasa menjalankan tugas. Akhir kata terimalah serangkap pantun.

Kalau tidak kerana unggas
Tidaklah rosak padi di sawah
Kalau tidak kerana tugas
Tidaklah kita akan berpisah